Tak Perlu Beli Dah, Cuba Resipi Ayam Gunting Ala Uncle Bob

Kalau dapat makan ayam gunting ni panas-panas dan rangup memang layan kan? Tapi kalau anak ramai, nak beli banyak memang koyak poket. Bila buat sendiri, lagi terasa keberkatan dan kasih sayang daripada air tangan ibu, betul tak?

Bancuhan tepung ni boleh juga digunakan untuk menggoreng sosej atau apa sahaja yang korang suka. Nak lebih kaw, taburkan serbuk paprika.

 

Bahan :

1/2 paket Tepung ubi/sagu

1 sb Garam halus

1 sb Serbuk lada putih

1 sb Serbuk lada hitam

1 sb Soda bikarbonat

2 sb Perencah hilal – jika tiada, boleh gunakan serbuk perasa biasa

Air panas mendidih

 

Cara :

  1. Gaul sebati semua bahan kecuali air panas.
  2. Masak air sehingga mendidih. Kemudian gunakan berus makan dan celup dalam air dan renjiskan pada tepung. Ulang dua tiga kali dan gaulkan adunan dengan air panas. Ulang lagi dan gaulkan. Gaul untuk mengelakkan tepung daripada berketul. Gaul manja dan jangan hancurkan tepung yang berketul, kecuali jika tepung berketul besar.

 

Bahan Perapan ayam :

2 kg Isi ayam

1 labu Bawang putih – tumbuk halus

2 sb Serbuk lada putih

2 sb Serbuk lada hitam

4 sb Sos tiram

1 sk garam

 

Cara :

  1. Gaul sebati dan perap ayam selama dua jam.

 

Bahan salutan ayam :

1 biji Telur

1/2 cawan Air

1/2 cawan Susu segar/susu cair

 

Cara :

  1. Pukul semua bahan sehingga sebati. Kemudian celupkan ayam dalam bancuhan tadi dan kemudian celupkan dengan tepung.
  2. Timbuskan ayam dengan tepung tadi dan tepek manja untuk ratakan.
  3. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga kekuningan. Pastikan ayam tenggelam dalam minyak.

 

Bahan serbuk tabur atas ayam :

4 sb Serbuk cili / paprika – jika mahu pedas, lebihkan

2 sb Perencah hilal

1 ketul Kiub pati ayam

Setengah bungkus keropok twistis

2 sb Gula

 

Cara :

  1. Kisar kering dan halus semua bahan dan salutkan dengan ayam yang digoreng tadi.

Kredit resipi & foto : Syaakirah Mohamad

Article Tags:
·
Article Categories:
resepi

Leave a Reply