Resepi ikan cencaru sambal cili

  • on September 5, 2022
  • Likes!

Bagi penggemar lauk pauk pedas dan bersambal, resipi Ikan Cencaru Sambal Goreng Pedas antara yang boleh dicuba. Sedap dan tentunya hangat. Namun bagi penggemar lauk bercili, tentunya berasa nikmat. Selain ikan cencaru, boleh juga guna ikan lain ataupun ayam. Sesuaikan sahaja ikut selera masing-masing. Selamat mencuba.

 

CARA MASAK IKAN CENCARU SAMBAL GORENG PEDAS

 

BAHAN-BAHAN:

Ikan cencaru -buang kulit keras dan goreng.

3 biji bawang putih

4 ulas bawang merah

10-15 biji cili api

2-3 ulas biji cili besar

Air asam @ asam keping

1 batang serai

Sedikit belacan (option)

Garam & gula secukup rasa

 

CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak masak dan goreng ikan sampai garing. Angkat dan ketepikan

2. Kisar kasar belacan, bawang merah, bawang putih, cili api, ikan bilis dan cili merah. Pastikan kisaran tidak terlalu halus.

3. Panaskan minyak dan tumis bahan tumisan. Masukkan juga serai yang diketuk dan teruskan masak hingga pecah minyak. (minyak perlu lebih supaya bahan tumisan tidak kering dan tumisan akan jadi cantik).

4. Masukkan air asam @ asam keping, garam dan gula secukup rasa. Sebatikan.

5.Bila sudah cukup rasanya, tuang sambal di atas ikan.

6. Ikan Cencaru Sambal Goreng Pedas sedia untuk dihidang.

Article Categories:
resepi

Comments are closed.