Resipi Five Spice Meat Roll Simple

  • on September 10, 2022
  • Likes!

Lobak (Five Spice Meat Roll) ialah gulungan daging yang lazat yang dibalut dengan kepingan beancurd (fucuk). Ia boleh dikukus atau digoreng minyak banyak. Ia mempunyai bahagian luar yang rangup dengan isi yang lembut dan kenyal. Terdiri dari pelbagai jenis inti antaranya isi ayam, daging kisar, udang dan sebagainya.

Resepi yang mudah dan ringkas sesuai dibuat makan petang atau pada bila-bila masa sahaja. Bahan pun senang nak jumpa kat kedai. Selamat mencuba di rumah.

 

Bahan utama:

2 keping fucuk (besar)

1/4 biji sengkuang

350g dada ayam (cincang)

5 ulas bawang putih (cincang)

1/2 daun bawang (cincang)

Minyak masak

 

Bahan perasa:

2 tsp serbuk five-spice

1 1/2 tbsp tepung jagung

1 telur

1 tbsp kicap cair

 

Cara penyediaan :

1. Campurkan semua bahan perasa bersama ayam telah dipotong cincang. Perap selama 1 jam.

2. Potong fucuk menjadi 2

3. Sapukan fucuk dengan kain basah @ rendam sekejap fucuk di dalam air sebentar.

4. Potong sengkuang *fine jullience dan ketepikan

5. Campurkan sengkuang yang yang telah dipotong ke dalam ayam yang telah diperap. Kacau dan ketepikan.

6. Goreng separuh masak ayam yang telah diperap dan sengkuang terlebih dahulu dan angkat. (Inti)

7. Ratakan inti yang telah dimasak diatas pucuk dan gulung kan.

8. Panaskan kuali dan gorengkan menggunakan minyak yang penuh. Goreng ia hingga menjadi keemasan.

9. Angkat dan hidangkan panas.

 

Nota tambahan: fucuk yang belum digoreng, boleh disejukbekukan (Frozen)

Article Categories:
resepi

Comments are closed.