Kek Lapis Asam Manis Tanpa Tepung. Boleh Buat Tambah Duit Poket.

Kek Lapis Asam Manis ini selalunya menggunakan ‘asam haw flakes’ yang selalu menjadi jajan waktu kecil dahulu. Dan antara bahan utama tentulah biskut maria yang telah dikisar halus.

Kek lapis asam manis perkongsian Noraspaniza Karnasin Epink ini tidak menggunakan tepung. Dan punya dua versi cara membuatnya sama ada dibakar atau dikukus.

 

Bahan :

250 gm Buttercup

2 cawan Biskut Marie – kisar

1/2 cawan Gula halus

1/2 cawan Susu pekat manis – boleh kurangkan

1 penutup Esen vanila

5 biji Telur gred B

Pewarna – ikut suka

Asam haw flakes

 

Cara :

  1. Pukul butter bersama gula sehingga gebu, kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji. Putar sebati.
  2. Selepas itu masukkan esen vanila dan susu. Kemudian masukkan serbuk biskut.
  3. Asingkan kepada dua bahagian. Boleh warnakan mengikut kreativiti masing-masing.
  4. Mula melapis dan susun asam. Kukus setiap lapisan selama lima minit. Untuk lapisan terakhir, kukus selama 10 minit.

Kredit resipi & foto : Noraspaniza Karnasin Epink

 

Article Tags:
Article Categories:
resepi

Leave a Reply