Pencuci mulut Thailand ini cukup enak dan punya rasa lemak santan. Terima kasih Naeamah Balqis sudi berkongsi resipi.
Bahan :
1 biji Labu sederhana besar – potong labu bahagian atas dan buang biji
1 cawan Susu cair
5 biji Telur gred B
2 sb Tepung kastard
1 sk Esen vanilla
Susu pekat @ Gula – ikut manis yang disukai
Cara :
- Campurkan semua bahan dan sebatikan.
- Tapis dan kemudian masukkan ke dalam labu yang telah dibuang biji.
- Panaskan pengukus dalam 10 minit dan kukus labu selama 1 jam 10 minit atau sehingga masak.
- Selepas siap, sejukkan dan baru dipotong.
Kredit resipi & foto : Naeamah Balqis