Cucur kucai ni memang sedap dibuat kudapan petang kan? Kalau nak cucur lebih rangup, korang kena lebihkan kucai dalam adunan, barulah krup krap bila mengunyah. Untuk isi, boleh tambahkan udang atau apa sahaja yang dirasakan sesuai.
Terima kasih Nur Shahiema Amira atas perkongsian resipi ini.
Bahan :
Tepung gandum
Air
Yis
Garam
Gula
Serbuk perasa
Kucai – lebihkan
Bawang – hiris
Udang – pilihan
Taugeh – pilihan
Lobak merah – pilihan
Cara :
- Adunkan tepung gandum, air, yis, garam, gula, serbuk perasa dan kucai. Gaul rata sehingga sebati.
- Kemudian tambahkan kucai dan sedikit bawang yang telah dihiris.
- Jika suka, boleh tambahkan udang,taugeh dan lobak merah. Jika tidak mahu pun tak mengapa.
- Goreng sehingga garing.
Kredit resipi & foto : Nur Shahiema Amira