in

Resipi Roti Jala Buat Berniaga. Padankan Dengan Kari Ayam. Memang Laku Keras.

Roti jala memang menjadi kegemaran ramai kan? Makan pula dengan kari ayam pekat, aduh, memang susah nak berhenti.

Roti jala memang sesuai sangat kalau dijadikan cabang untuk menambah pendapatan. Lebih-lebih lagi apabila penjual sendiri yang bermurah hati untuk berkongsi resipi.

 

Bahan :

3 cwn Tepung gandum

3 cwn Air

2 biji Telur gred A

3 sb Minyak masak

1 st Pewarna kuning

1/2 st Garam

1/2 st RFB ( Rusman Fluff Booster) – pelembut roti & kek

 

Cara :

  1. Masukkan semua bahan-bahan dan kisar halus. Masukkan adunan ke dalam acuan botol tiga lubang.
  2. Kemudian panaskan kuali non stick. Boleh mula kiraikan ke dalam pan. Sedap dimakan dengan kuzi atau kari ayam.
  3. Roti jala hijau menggunakan air daun pandan.

Kredit resipi & foto : Izamani Ismail

What do you think?

Written by sajixtra

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Nugget Homemade Gluten Free. Guna Ayam Organik Untuk Jaga Kesihatan. Sesuai Untuk Anak-Anak

Kenali Jenis Coklat Yang Korang Selalu Gunakan.