Kuih Lopes Pandan, Enak Buat Hidangan Petang. Tak Perlu Guna Pewarna

Untuk menikmati keaslian kuih muih tradisional, bahan-bahan yang digunakan juga harus semulajadi dan tanpa pengawet. Jika boleh, gunakan sumber asli seperti bunga atau tumbuhan untuk dapatkan warna kuih, jadi dapatlah elakkan menggunakan pewarna kan? Seperti kuih lopes ini, warna hijau menggunakan air daun pandan.

Malah cara untuk membuat kuih ini cukup mudah, tidak sesukar yang disangka. Cuba ikut resipi perkongsian Noriza Awang Hamat ini, confirm jadi.

 

Bahan :

2 cawan Beras pulut – cuci bersih dan direndam satu jam

1 1/2 cawan Santan cair +  1/2 cawan air Daun pandan – Jadikan dua cawan semuanya

1 sudu makan air kapur sirih

Sedikit garam.

Kelapa parut putih +  Sedikit garam dan dikukus sekejap.

 

Cara :

  1. Pulut direndam selama satu jam dan kemudian tapis dan tuangkan ke dalam bekas.
  2. Selepas itu, tuang santan cair yang telah dicampur dengan air daun pandan, air kapur sireh dan sedikit garam.
  3. Kukus pulut sehingga masak. Apabila sudah masak, balut dengan daun pisang dan ikat bahagian kiri dan kanan supaya balutan kemas. Biarkan sejuk dan baru dipotong.

 

Bahan Gula Merah :

Gula merah

Gula pasir

Daun pandan disimpul

 

Cara :

  1. Masak untuk dijadikan air gula.

Kredit resipi & foto : Noriza Awang Hamat

Article Tags:
Article Categories:
resepi

Leave a Reply