Kerepek Bayam Brazil Rangup. Sedap Buat Kudapan. Tak Perlu Guna Telur Dan Air Untuk Bancuhan

Bayam Brazil memang tengah popular sekarang kan. Bukan sekadar masak tumis, sayuran ini juga sesuai untuk dibuat kudapan. Hanya salut dengan bancuhan tepung dan goreng, memang rangup dan tahan lama.

Bancuhan tidak perlu diletakkan garam atau telur. Telur akan menyebabkan kerepek berminyak dan kerangupan tidak tahan lama.

Bancuhan tepung juga tidak perlu dicampurkan dengan air, hanya sekadar gaulkan tepung bersama.

 

Bahan campuran :

5 sudu Tepung bestari original

1 sudu Tepung bestari pedas

2 sudu Tepung jagung

2 sudu Tepung beras

1 sudu Rempah kari

 

Cara :

  1. Cuci bersih daun bayam. Ambil bahagian daun sahaja.
  2. Kemudian masukkan daun ke dalam campuran tepung tadi dan taburkan campuran sehingga sekata.
  3. Panaskan minyak dan goreng sehingga garing.
  4. Setelah sejuk, simpan di dalam bekas kedap udara supaya tahan lama.

Kredit resipi & foto : Roslinda Rosli

Article Categories:
resepi

Leave a Reply