in

Cara Masak Nasi Tomato Dan Ayam Masak Merah Yang Sangat Sedap, Cepat Dan Senang.

Bila datang kempunan, teringin juga makan nasi tomato kan? Iyalah, bukan senang nak cari nasi orang kahwin ni. Nak-nak lagi kalau waktu malam.

Jadi senang cerita terpaksalah masak sendiri kan. Usaha tangga kejayaan. Namun jangan risau, cara nak sediakan Nasi Tomato hasil perkongsian Nur Aisyah ni cukup cepat, senang dan yang penting sedap. Hidangan ini untuk tiga hingga empat orang.

 

Bahan untuk nasi :

3 pot Beras

1 labu Bawang Merah

3 ulas Bawang Putih

1 ketul Kiub Pati Ayam

1 cm Halia

2 sb Planta/Majerin untuk menumis

2 Bunga Lawang

1 Kulit Kayu Manis

1 biji Tomato (buah) / 2 sb Tomato Puree

5 sb Sos Tomato – sekiranya tidak guna Tomato Puree, baru tambah sos tomato. Jika tidak akan masam

1 st Garam/secukup rasa

 

Cara :

  1. Basuh beras bersih dan toskan. Masukkan 1/3 cawan air dan masak macam biasa dalam rice cooker.
  2. Kisar bawang merah,bawang putih, kiub pati ayam dan halia. Panaskan planta atau marjerin. Boleh tambahkan sedikit minyak masak jika suka.
  3. Tumis bahan kisar bersama bunga lawang dan kulit kayu manis sehingga naik bau.
  4. Kisar tomato beserta sedikit air. Tapis dan masukkan ke dalam bahan tumis. Dan masukkan sos tomato. Boleh gunakan puri tomato bersama sedikit air. (Peringatan, jika guna buah tomato, baru letak sos tomato. Kalau guna puri tomato, tak perlu tambah sos tomato, nanti terlebih masam. Kacau sebati).
  5. Masukkan bahan tumis ke dalam periuk nasi tadi. Perasakan dengan garam dan letak air secukupnya dan kacau sebati. Masak seperti biasa sehingga masak. (Sukatan air seperti masak nasi putih. Kalau bahan tumis dah letak banyak air, tidak perlu tambah air).

Bahan untuk Ayam (Masak Merah) :

1/2 ekor Ayam

1 labu Bawang Merah

3 ulas Bawang Putih

1 cm Halia

1 batang Serai – dititik

1/2 Kiub Pati Ayam

2 senduk Cili Giling

3 sb Gula

1 st Garam + Secukup Rasa

1 labu Bawang Holland

 

Cara Masak Ayam :

  1. Kisar bawang merah, bawang putih dan halia. Kemudian tumis sehingga naik bau. Masukkan serai yang diketuk.
  2. Kemudian masukkan kiub ayam, cili giling, gula, garam dan secukup rasa. Masak menggunakan api kecil.
  3. Selepas 15 minit, masukkan ayam. Ayam boleh digoreng separuh masak jika suka. Kacau sebati dan tutup kuali. Biarkan selama 30 minit dan kacau sesekali supaya tidak hangit bahagian bawah.
  4. Apabila hampir masak, masukkan bawang holland yang dihiris bulat. Biarkan masak dengan api perlahan selama 5 hingga 10 minit.

Bahan Acar :

1/2 Timun

1/2 Lobak merah

1 ulas Bawang Merah

1 biji Lada Merah

4-5 sb Cuka Makan

3 sb Gula

1/2 st Garam

Sedikit air suam panas

 

Cara :

  1. Potong ikut suka dan campurkan semua. Masukkan dalam bekas tertutup dan goncang sebati. Biarkan dalam setengah jam. Sedia untuk dimakan.

Kredit resipi & foto : Nur Aisyah

What do you think?

Written by sajixtra

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Burger Malaysia Montok Paling Senang Nak Buat. Disertakan Gambar Untuk Panduan.

Balut Strawberi Dengan Tisu Supaya Buah Kekal Segar Hingga Dua Minggu.