in ,

Basque Burnt Cheesecake Guna Sukatan Cawan. Senang Je.

Min tahu ramai antara kita yang suka buat kek, namun yang menjadi masalah tidak ada penimbang di rumah. Sebab itu jika ada resipi yang menggunakan sukatan cawan, ramai yang turut mencuba, termasuklah min (penimbang min rosak)…hehe

Menurut Rita Zara, untuk membuat Basque Burnt Cheesecake, kek ini memerlukan jumlah lemak yang mencukupi dan tidak boleh memakai non dairy whipping cream atau susu segar. Lagi lemak lagi sedap. Gemuk tak apa, boleh bersenam. Tapi nikmat makan jangan sesekali didustakan.

Resipi ini elok menggunakan loyang bersaiz 6’ kerana kek lebih tinggi dan cantik. Ia juga tidak perlu dibakar menggunakan teknik water bath. Lebih hitam kek, lebih sedap. Nyum nyum.

Untuk mengelakkan kek melekat pada baking paper, pastikan guna baking paper yang berkualiti.

 

Bahan :

250 gm Cream cheese

125 ml Whipping cream dairy (Anchor, Emborg, Arla)

85 gm Gula

1 sb Esen Vanila

2 biji Telur gred B – gunakan gred A pun boleh asalkan bukan C,D,E,F,G,H,I,J,K,L,M

9 gm Tepung gandum – diayak

Cara :

  1. Panaskan dahulu oven pada suhu 200c.
  2. Putar cream cheese dengan gula sehingga kembang dalam dua minit menggunakan kelajuan sederhana.
  3. Kemudian masukkan telur satu persatu dan masukkan juga esen vanila. Putar lagi sehingga sebati.
  4. Selepas itu masukkan tepung yang sudah diayak. Sebatikan menggunakan hand whisk dalam 10 pusingan.
  5. Masukkan whipping cream dan putar dengan hand whisk dalam 20 pusingan. Kacau perlahan supaya udara tak masuk ke dalam adunan, jika tidak kek akan menggelembung apabila masak.
  6. Sapukan butter ke dalam loyang dan letakkan baking paper. Letakkan biar berlebihan supaya senang untuk keluarkan kek nanti.
  7. Tuang adunan dan hentakkan sedikit untuk keluarkan udara dalam adunan.
  8. Bakar pada suhu 200c selama satu jam.
  9. Apabila masa membakar tinggal 10 minit, naikkan suhu kepada 210c untuk berikan kesan burn di atas kek.
  10. Selepas masak, biarkan dalam 15 minit dan baru buka baking paper. Siap untuk dihidang.

 

Ini nisbah sukatan cawan :

9 gm Tepung gandum bersamaan dengan 1 sudu makan.

85 gm gula bersamaan dengan 5 setengah sudu besar. Gula separas dengan ibu jari seperti dalam gambar.

Whipping cream ini 250ml jadi boleh letakkan setengah daripada kotak. Tuangkan setengah daripada kotak.

Kredit resipi & foto : Rita Zara

What do you think?

Written by sajixtra

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Ada Lebihan Nasi Semalam? Jom Buat Cucur Ikan Bilis Nasi. Lembut Di Dalam, Rangup Di Luar. Cicah Sambal Tumis Memang Terangkat Habis.

Burger Malaysia Viral aka Pau Sambal. Resipi Confirm Jadi.