in ,

Balut Strawberi Dengan Tisu Supaya Buah Kekal Segar Hingga Dua Minggu.

Strawberi mudah rosak dan cepat berkulat jika tidak disimpan dengan betul. Jadi Rahayu Rusli telah berkongsi tips mudah menyimpan strawberi supaya tahan lama sehingga dua minggu.

Tips untuk mengetahui sama ada strawberi segar atau tidak ialah melihat kepada daunnya. Jika daun masih hijau dan tidak kuning atau hitam, itu tandanya buah segar.

Sediakan tisu tebal. Gunakan tisu dapur pun boleh supaya wap air buah boleh meresap pada tisu dan tisu tidak lembik.

Sediakan bekas untuk menyimpan dan pastikan buat lubang pada bekas supaya udara dapat keluar masuk dan tiada air bertakung. Boleh gunakan bekas letak kek dan lubangkan guna pemutar skru.

Basuh tangan bersih dan ambil buah. Letakkan buah atas tisu dan balut ikut kreativiti.

Selepas habis dibalut, susun dalam bekas tadi. Susun elok-elok supaya tidak terbuka.

Simpan di dalam peti.

Kredit resipi & foto : Rahayu Rusli

What do you think?

Written by sajixtra

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Cara Masak Nasi Tomato Dan Ayam Masak Merah Yang Sangat Sedap, Cepat Dan Senang.

Cara Buat Oden Paling Mudah, Guna Je Pes Readymade Ni.