Resipi Pizza Base. Rotinya Lembut Dan Tak Liat Selepas Dimasak. Satu Adunan Dapat Enam Keping.

Walaupun base pizza boleh dibeli di pasaraya, namun hasilnya tentu tak sama dengan air tangan mak-mak kan? Setiap adunan diuli dengan kasih sayang, dan apabila melihat anak-anak berselera makan, terasa satu kepuasan dalam hati.

Resipi pizza base perkongsian Nurhayati Abd Malek ini menghasilkan roti yang cukup lembut dan tidak liat walau selepas dimasak. Resipi ini dapat enam keping doh pizza, jimat duit jika ahli keluarga ramai kan?

 

Bahan :

2 ½ cawan air suam

2 sudu besar gula

2 ¼ sudu kecil yis

3 ¾ cawan tepung gandum

(¾ cawan = 85gm, 1cup = 110gm)

1 sudu kecil garam

3 sudu besar minyak sayuran

 

Cara :

  1. Satukan air, gula dan yis dalam mangkuk kecil. Biarkan lima minit.
  2. Dalam mangkuk lain, campurkan tepung dan garam bersama.
  3. Tambahkan minyak ke dalam bancuhan yis tadi dan tuangkan ke dalam tepung. Uli sehingga 10 minit.
  4. Letakkan doh dalam mangkuk yang digriskan sedikit minyak supaya tak melekat. Tutup dengan plastic wrap dan biarkan ia naik dalam satu jam.
  5. Tumbuk doh, uli sedikit dan bahagikan kepada dua bahagian. Bentukkan doh seperti bebola. Beruskan doh bebola dengan olive oil dan tutup semula dengan plastic wrap. Biarkan doh naik lagi 45 minit.
  6. Preheat oven 150°C. Taburkan pizza pan dengan tepung gandum.
  7. Ambil bebola tadi dan roll bentuk bulatan. Biarkan bahagian luar tebal dan dalamnya nipis sedikit.
  8. Saya pre baked pizza selama 5 minit dan keluarkan daripada oven.
  9. Kemudian letakkan topping kegemaran korang dan mozarella cheese! Bakar dalam 15 minit pada suhu 150°C sehingga roti masak dan cheese cair. Siap. Enjoy!

 

NOTA:

– Jika bancuhan terlalu cair/lembik, boleh tambah tepung gandum dan minyak sedikit sehingga menjadi doh yang sedang elok.

– Jika ada mixer, boleh uli dalam mixer. Guna satu hook yang spiral sahaja.

Kredit resipi & foto : Nurhayati Abd Malek

Article Tags:
·
Article Categories:
artikal · resepi

Leave a Reply