Ada Cara Kekalkan Buah Tetap Segar Walau Selepas Dipotong.

Min tahu ramai yang rungsing bila buah yang dipotong, tidak sampai berapa lama akan kelihatan seperti berkarat dan mudah lebam. Ini disebabkan buah bersifat kaya dengan zat besi termasuk epal dan pir dan disebabkan itu ia cenderung bertukar warna selepas dipotong.

Isi buah yang terdedah akan menghasilkan tindak balas oksigen dengan zat besi dan menghasilkan oksida feruna yang bertindak menyeliputi bahagian luar buah dan menyebabkan warnanya berubah.

Jadi cuba tips yang dikongsikan di bawah bagi mengelakkan buah berkarat dan mencacatkan hidangan.

  1. Larutan madu

Masukkan 2 sudu madu ke dalam air biasa dan masukkan buah ke dalamnya. Toskan dan sedia untuk dimakan. Selain mampu hilangkan kesan lebam, ia menambah lagi rasa manis buah.

B.Gunakan pisau tajam

Menerusi kajian yang dilakukan oleh pakar pemakanan, buah epal yang dipotong menggunakan pisau tajam mampu mengurangkan kadar keperangan berbanding pisau tumpul. Ia kerana pisau tumpul menghasilkan geseran yang tidak sempurna dan menyebabkan isi buah terdedah kepada udara. Untuk kesan lebih sempurna, sapukan hirisan buah limau nipis, oren atau lemon sebelum memotong buah.

C.Air garam

Rendam hirisan buah dalam larutan air garam halus dan biarkan sehingga 5 minit dan toskan. Gunakan secubit garam ke dalam larutan bagi mengelakkan buah masin.

Article Categories:
artikal

Leave a Reply