Teringin Nak Buat Kek Tapi Tak Tahu Caranya, Cuba Buat Kek Pisang Marble. Mudah Sahaja.

Selalunya kita tak mahu ambil risiko membuat kek sebab takut kek bantat dan tak jadi kan. Iyelah, banyak teknik yang kena belajar daripada teknik memukul, membakar dan macam-macam lagi. Jadi jalan terakhir paling mudah, order dan beli di kedai.

Tapi Kek Pisang Marble ini senang je nak buat tau. Korang tak perlu pening-pening, masukkan sahaja semua bahan dalam pengisar dan terus kisar sehingga sebati dan bakar.

 

Bahan Ayak :

2 cawan Tepung gandum – ayak

1 sk Soda – ayak

1 sk Baking powder – ayak

 

Bahan :

1 cawan Minyak

3/4 cawan Gula perang/putih (saya gunakan nisan)

3 biji Telur

4 biji Pisang berangan

Esen vanilla/esen pisang

 

Cara :

  1. Ayak dahulu semua tepung dan ketepikan.
  2. Kemudian kisar semua bahan dan masukkan bahan kisar tadi ke dalam bahan ayak. Kaup balik sehingga sebati.
  3. Bahagikan sedikit adunan untuk membuat marble. Letakkan emulco coklat dan lorekkan di atas kek.
  4. Bakar kek pada suhu 160c selama satu jam atau sehingga masak.

Kredit resipi & foto : Siti Faiza

 

Article Tags:
Article Categories:
resepi

Leave a Reply