Resipi sup daging Thai untuk satu hidangan

Resipi sup daging Thai

Kepada sesiapa yang ingin membuat sup dengan kuantiti yang sedikit  atau untuk satu hidang anda boleh cuba resepi ini. kelihatan simple tapi sedap. Tanpa memerlukan rempah sup siam. Hanya perlu ada sup bunjut sahaja. Terkadang kita ingin memasak untuk suami dan seorang anak, untuk tidak membazir resepi ini membantu anda.

Resipi sup daging Thai | Bahan bahan

Antara bahan untuk resipi sup daging thai adalah seperti dibawah.

  • Daging lembu untuk semanguk sup
  • garam secukup rasa
  •  Air rebusaan daging
  • 1/2 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil cuka
  • 1/2 sudu kecil Ajinamoto
  • 1 /2 biji bawang besar
  • 1 biji tomato
  • 1 biji lada besar
  • 1/2 inci Halia

Rempah Untuk tumis

Antara Rempah ratus untuk tumis resipi sup daging thai adalah seperti dibawah.

  • 1 biji Bawang Merah
  • 4 biji lada hitam, dipecahkan
  • 4 Biji lada putih, dipecahkan
  • 1 biji bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga
  • 1/2 batang kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 5 ulas bawang putih, ditumbuk
  • Sedikit minyak untuk Tumis

 

Resipi sup daging Thai untuk Hidangan.

Daun bawang dan daun Sup
Bawang putih goreng juga bagus untuk ini!

Arahan

  • Rebus daging berserta akar daun saderi / sup  beserta Sup bunjut dan halia
  • Tumbuk Bawang Merah, Bawang putih, Lada hitam, Lada Putih.
  • Sediakan Kuali, masukkan sedikit minyak dan panaskan dengan api yang sederhana tinggi.
  • Tumiskan rempah beserta bahan tumbuk sehingga naik bau.
  • Masukkan air rebusan beserta daging.
  • Setelah memdidih masukan tomato, Bawang besar, Cili Besar

Lihat Juga Bihun sup

Article Tags:
Article Categories:
resepi

Leave a Reply