Resipi Bubur Lambuk Paling Mudah Dan Sedap.

  • on September 2, 2020
  • Likes!

Cara penyediaan Bubur Lambuk yang dikongsikan Puan Asmahan ini cukup mudah dan ringkas. Jadi kalau teringin nak makan, bolehlah buat sendiri di rumah.

 

Bahan :

2 mug beras – rendam 20 minit

1/2 kg Daging – campur sekali bahagian berlemak

3 ulas Bawang merah – kisar *

8 ulas Bawang putih – kisar *

2 jari Halia – kisar *

1 pek kecil Rempah sup

250 ml Santan

3 sudu besar Lada hitam

Kentang – potong dadu

Lobak merah – potong dadu

Daun sup – hiris

Bawang goreng

Cara :

  1. Kisar bahan bertanda * dan tumis sehingga sedikit garing.
  2. Masukkan rempah sup dan tumis lagi sehingga rempah masak.
  3. Kemudian masukkan daging dan gaul sehingga sebati. Selepas itu terus masukkan beras dan goreng sebati. Masukkan air.
  4. Masak beras sehingga agak lembut dan masukkan santan. Perasakan dengan garam.
  5. Masukkan serbuk lada hitam, kentang dan lobak merah. Masak sehingga sayur lembut dan empuk.
  6. Taburkan bawang goreng dan daun sup. Sesuaikan rasa.
  7. Boleh gunakan ayam ataupun udang.

Kredit resipi & foto : Jamal Dan Asmahan

Article Tags:
Article Categories:
resepi

Leave a Reply