Resepi Bihun Sup Ayam Dengan Sambal Kicap

  • on December 11, 2021
  • Likes!

Resepi Bihun Sup Ayam Dengan Sambal Kicap adalah resepi power buatan air tangan mak mertua. Bihun atau Mee hoon adalah mee halus yang mudah dimasak hanya perlu direbut sahaja, Ia boleh dihidang dengan goreng atau jenis sup. Selalunya orang masah bihun sup adalah  sup dan buat mee goreng.

Resepi Bihun Sup Ayam

Resepi Bihun Sup Ayam Dengan Sambal Kicap

Bahan-bahan Sup:

Ayam setengah ekor.
Halia (diketuk).
Akar daun bawang.
Akar daun sup.
Garam dan aji.
3 ulas bawang merah.
3 ulas bawang putih.
1 batang kulit kayu manis.
Bunga cengkih.
Minyak untuk menumis.
Rempah sup adabi.

Bahan Untuk hiasan:

  • Bihun dicelur.
  • Tauge dicelur.
  • Fishcake digoreng.
  • Daun sup atau daun bawang
  • bawang goreng.
  • Isi ayam difloss.

Resepi Bihun Sup Ayam Cara-cara menyediakannya;

  1. Ayam direbus bersama hali, akar daun bawang dan daun sup, garam dan aji secukup rasa. Rebus sampai empuk. Ayam tak perlu dipotong agar mudah untuk disiat-siat nanti.
  2. Mayang 3 ulas bawang merah, 3 ulas bawang putih dan halia.
  3. Tumis bahan-bahan nombor 2 dengan minyak 3 sudu makan sampai garing. Masukkan 1 batang kulit kayu manis dan sebunga cengkih.
  4. Masukkan 1 sudu besar rempah sup adabi.
  5. Kalau sudah agak bau, masukkan sedikit air rebusan ayam tujuannya supaya tidak hangus.
  6. Angkat dan jirus dalam air rebusan ayam.
  7. Didihkan sekejap dalam 15 minit bagi rempah-rempah tadi meresap dalam isi daging ayam. Tutup api.
  8. Ambil isi ayam serta tulang-tulang yang telah disiat-siat. Masukkan ke dalam kuah sup tadi. Siap

Cara penyediaan Untuk Sambal Kicap

1. Kisar 10 – 15 biji cili padi, 2 ulas bawang putih hingga lumat, masukkan 2 camca besar gula pasir dan kisar lagi. Tuang 1/2 cawan kicap, kacau rata dan hidangkan bersama bihon sup.

Pasitkan Anda:

Masukkan bihun ke dalam mangkuk ..kemudian masukkan sup yang telah dimasakan..masukkan hirisan ayam yg telah digoreng & dikoyak-koyak, masukkan taugeh..bawang goreng & sedikit sambal kicap.

 

Selepas selesai semua boleh lah tu makan mee sup tu.  Itu adalah resepi mee sup mudah dan lazat dari Sajixtra.Com Mudah-mudahan berguna. Menyebarkan kebahagiaan, terimakasih.

Lihat Lagi :bihun goreng chinese style

Sumber: kisahresepi

Article Categories:
resepi

Leave a Reply