Nutella Babka & Biscoff Babka. Guna Adunan Yang Sama Untuk Hasilkan Dua Roti Super Sedap. Senang Je Caranya.

Bayangkan setiap gigitan roti dipenuhi lelehan Nutella dan Biscoff, aduh sedapnya. Adunan roti untuk resipi ini cukup lembut dan ringan, jadi tidak adalah rasa mual bila makan. Resipi mudah ini dapat menghasilkan roti ala cafe mewah dan sangat enak.

Pemilik resipi menggunakan loyang rectangular 3x6in dan dibakar menggunakan Air Fryer Philips, jadi muat dua bekas dulang untuk dibakar sekaligus.

 

Bahan :

250 gm Tepung Roti/ High Protien Flour

150 ml Susu segar/ UHT milk

1 sudu besar Gula

1 sudu kecil Garam

10 gm Yeast

2 sudu besar Minyak Zaitun

Egg wash – 1 biji Telur  dicampur dengan 1 sudu besar air

Nutella dan Biscoff spread

 

Cara :

  1. Campurkan yis dan gula ke dalam air suam, kemudian rehat selama 5 minit. Tuangkan ke dalam mangkuk stand mixer.
  2. Selepas itu masukkan tepung, minyak zaitun dan garam. Putar selama 10 minit sehingga adunan tidak melekat pada mangkuk.
  3. Uli sebentar dan rehatkan doh selama 1 jam 30 minit.
  4. Bahagikan doh kepada dua bahagian. Kemudian gelekkan doh dengan rolling pin senipis satu inci. Sapukan Nutella atau Biscoff.
  5. Selepas itu gulung doh perlahan-lahan dan belah dua. Kemudian tocangkan adunan tadi. 
  6. Sapukan loyang dengan mentega. Taburkan tepung di dalamnya dan tepuk keluar lebihan tepung tadi. Masukkan doh ke dalam loyang.
  7. Second proofing dalam air fryer masing-masing selama 30 minit. Dan sapukan egg wash.
  8. Bakar pada suhu 160°c selama 15 minit.
  9. Selepas siap dibakar, keluarkan dan rehatkan roti.

Kredit resipi & foto : Nurul Huda M Nor

Article Tags:
·
Article Categories:
resepi

Leave a Reply