Nasi Ayam Thai

Bahan Bahan rebus nasi

  • 4 cawan beras
  • 6 cawan air
  • 1 ekor ayam (Dipotong 4)
  • 4 pokok daun ketumbar (Diambil akar sahaja)
  • 1 kiub pati ayam
  • 1 inci halia (Diketuk)
  • 2 batang serai (Diketuk)
  • Garam secukup rasa

Bahan bahan untuk sos

  • 1/2 cawan air rebusan ayam
  • 1/2 cawan sos cili thai
  • 1 sudu makan kicap cair
  • 1 sudu makan jus limau nipis
  • 10 biji cili api merah (Dicencang halus)
  • 2 biji cili merah (Dicencang halus)
  • Daun ketumbar (Dicencang halus)
  • Bahan Sayur (Dipotong)
  • Daun salad
  • Tomato

Cara Membuat nasi ayam thai

1. Basuh beras dan rendamkan selama 30-60
minit. Tuskan.
2.Masukkan air ke dalam Rice Cooker dan tekan
ON.Masakkan air sehingga mendidih.
3.Masukkan ayam, akar daun ketumbar, halia,
serai, kiub pati ayam, dan garam. Tutup periuk.
4.Masakkan sehingga mendidih lagi dan ayam
lembut.Anggaran 15 minit.
5. Keluarkan ayam dan tuskan.
6. Keluarkan pula air rebusan ayam sebanyak 2
cawan dan masukkan beras.
7. Kacau dan biarkan sehingga masak. Apabila
nasi kering, OFF Rice Cooker.
8. Masukkan semua bahan B ke dalam mangkuk
dan gaul sebati.
9. Masukkan sedikit daun ketumbar ke dalam air
rebusan ayam.
10. Sedia untuk dihidangkan.

Article Tags:
Article Categories:
resepi

Comments are closed.