Kek Victoria Sandwich. Resipi Simple Tapi Sedap Dia Tak Boleh Bincang

Kek Victoria Sandwich ini tidak seperti kek span yang lain kerana tekstur kek yang agak padat. Malah walaupun nampak seperti kek mewah namun sebenarnya ia amat mudah untuk disediakan.

Selain menggunakan jem strawberi, korang boleh juga cincang strawberi segar dan campurkan bersama jem straberi untuk memberi tekstur kepada setiap gigitan. Dan boleh kurangkan gula jika tidak mahu kek terlalu manis.

 

Bahan Kek :

175 gm Tepung naik sendiri – diayak

175 gm Butter

100 gm Gula kastor

1 sk Esen vanila

3 biji Telur

 

Bahan hiasan :

150 gm Whipping cream

100 gm Jem strawberi

1 sk Snow powder / icing sugar

6-7 biji Strawberi  – hiris nipis

Cara :

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 180c (160c fan). Kemudian griskan dan alas dua buah loyang bersaiz 7’ dengan baking paper.
  2. Pukul mentega, esen vanila dan gula sehingga kembang dan berkrim.
  3. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar sehingga adunan menjadi licin.
  4. Bahagikan adunan sama banyak kepada dua loyang. Hentakkan sedikit loyang supaya adunan sama rata. Susun strawberi di atas satu adunan sahaja. Manakala satu lagi loyang dibiarkan kosong.
  5. Bakar kek selama 25 hingga 30 minit sehingga perang.
  6. Sejukkan loyang di atas rak dawai sehingga kek boleh dikeluarkan daripada loyang.
  7. Pukul bahan hiasan – whipping cream sehingga soft peak dan sapukan atas permukaan kek yang kosong.
  8. Sudukan jem strawberi dan susun baki hirisan strawberi di atasnya.
  9. Akhir sekali letakkan kek yang ada lapisan strawberi di atasnya dan taburkan snow powder sebelum dihidangkan.

Kredit resipi & foto : Keroroyz Royz

 

Article Categories:
resepi

Leave a Reply