Bukan kek pandan biasa, campuran santan dalam adunan membuatkan rasanya lebih berlemak dan teksturnya agak lembab. Walaupun lebih sedap dimakan sejuk-sejuk, namun korang kena cepat bertindak sebab dikhuatiri akan licin lepas siap dibakar kerana aromanya semerbak.
Bahan :
2 cawan Tepung gandum
4 biji Telur
1 sk penuh Baking powder
1 kotak Santan 200ml
1/2 cawan Gula (boleh tambah jika suka manis)
1 sb Ovelet
4 sb Susu pekat
1 sk penuh Baking powder
Pewarna hijau
1 sk Vanilla (optional) boleh guna perisa pandan, lagi bagus
Cara :
- Putar telur dan masukkan gula sedikit demi sedikit sambil putar. Selepas itu masukkan ovelet dan susu pekat. Putar lagi sehingga adunan gebu.
- Masukkan tepung gandum dan baking powder dan putar lagi. Boleh gunakan kaedah kaup balik.
- Akhir sekali, masukkan santan dan pewarna.
- Panaskan ketuhar pada suhu 160c menggunakan api atas bawah selama 10 minit terlebih.
- Bakar selama 40 minit atau mengikut kepanasan masing-masing.
Kredit resipi & foto : Dilla Min