Kek Coklat Moist Meleleh Versi Kukus. Guna Blender Je.

Resipi kek coklat moist perkongsian Nora Syikin nampak cukup menggoda dan menyelerakan. Cara membuatnya juga cukup mudah dan bahan-bahan hanya perlu dikisar dan terus dikukus.

Sedikit tip supaya kek lebih rasa coklat dan lembab ialah tuangkan coklat ganache di atas adunan sewaktu pertengahan kek dikukus. Min pernah cuba dan hasilnya memang cukup memuaskan hati. Coklat lover mesti suka.

 

Bahan :

1 cwn Serbuk koko

1 cwn Susu pekat

1 cwn Susu cair

1 cwn Gula

1 cwn Minyak

3 biji Telur

 

Cara :

  1. Masukkan semua bahan ke dalam blender dan kisar selama 5 minit. Selepas itu panaskan air dalam periuk kukusan.

 

Bahan ayak :

1 1/4 cwn Tepung gandum

1 sk Soda bikarbonat

1 sk Baking powder

 

Cara :

  1. Masukkan tepung ke dalam adunan yang telah dikisar tadi dan kaup balik.
  2. Sapukan minyak di sekeliling loyang. Tapis dan letakkan adunan ke dalam loyang.
  3. Kukus selama 45 minit dengan api sederhana.
  4. Cucuk dengan garfu untuk pastikan kek sudah dimasak.

 

Topping :

1/2 cwn Susu pekat

1/2 cwn Serbuk koko

1/4 cwn Susu cair

2 sb Butter/majerin/minyak masak

 

Cara :

  1. Masukkan semua bahan ke dalam bekas dan masak guna kaedah double boiled,
  2. Apabila sudah sejuk tuang ke atas kek yang sudah dimasak.

Kredit resipi & foto : Nora Syikin

Article Categories:
resepi

Leave a Reply