Kek Coklat Moist Cheese. Resipi Mudah Tapi Sedap Giler. Cubalah

Kek Coklat Moist Cheese ini antara kek yang mudah untuk dibuat tapi sekali korang makan, terkenang-kenang sebulan. Rasa mewah coklat dan lemak pada cream cheese tu memang padu, kalau baru putus cinta, sekali makan confirm terus lupa dekat si dia. Coklat kan mampu buat kita happy. Betul tak?

Min juga nak kongsi tips bagaimana untuk buatkan kek coklat korang lebih rasa umphh dan tak cepat muak. Selalunya min letakkan sedikit nescafe atau kopi emulco pada adunan ganache untuk naikkan lagi aroma dan rasa, hasilnya, walllahhhh.

 

Bahan A :

2 biji Telur gred A/B. Kalau gred C, gunakan 3 biji

1/2 cawan Gula

1 sk Esen Vanilla

 

Bahan B :

½ cawan Susu cair

½ cawan Susu pekat

½ cawan Minyak

2 sudu besar Air panas

 

Bahan C : ayak

1 cawan Tepung

½ cawan Serbuk koko

1 sk Soda bikarbonat

1 sk Baking powder

 

Bahan cheese :

50 gm Cream cheese

2 sb Tepung gandum

1 sb Susu cair

1 sb Susu pekat

 

Cara Cheese :

  1. Pukul semua bahan sehingga kembang dan berwarna putih. Jika nak lebih banyak cheese, hanya gandakan adunan.

 

Cara :

  1. Pukul bahan A sehingga kembang.
  2. Apabila sudah kembang, masukkan bahan B. Tak perlu pukul, hanya kaup rata sehingga sebati.
  3. Kemudian masukkan bahan C dan kaup rata. Apabila sudah sebati, masukkan ke dalam loyang.
  4. Apabila adunan cheese sudah siap, letakkan cheese di atas adunan kek tadi. Cheese akan tenggelam sewaktu diletak atas kek tetapi tidak perlu risau kerana sewaktu dikukus ia akan naik sendiri.
  5. Letakkan cream cheese dan kacau guna gafru untuk dicorakkan.
  6. Kukus selama 45 minit atau sehingga masak. Pastikan korang tutup tudung pengukus supaya air tidak menitis atas adunan.

Kredit resipi & foto : Eiza Musa

 

Leave a Reply