Kek Brownies Nutella. Hanya Beberapa Langkah Mudah, Siap Kek Tersedap Depan Mata.

Kek Brownies Nutella ni memang idaman penggemar coklat kan? Lupakan dulu soal diet, kalau bercerita bab coklat, memang tidak mampu nak tolak tepi. Makan dulu, esok baru fikir fasal diet. Bayangkan rasa fudgy dan penuh rasa coklat dalam setiap gigitan, memang puas hati.

Resipi yang dikongsikan ini merupakan resipi jualan oleh Mahani Kuchi Mohd. Jadi kalau korang nak idea untuk menambah pendapatan, bolehlah cuba resipi ini.

 

Bahan :

100 gm Tepung gandum

35 gm Serbuk koko

190 gm Butter

170 gm Coklat coin jenama Beryls

1 sk Esen vanila

2 biji Telur gred A

1 sk Baking powder

160 gm Gula perang

 

Cara :

  1. Campurkan coklat coin bersama butter dan cairkan terlebih dahulu.
  2. Di dalam mangkuk, masukkan gula perang, telur dan esen vanila. Kacau perlahan menggunakan spatula.
  3. Masukkan coklat dan butter yang telah dicairkan ke dalam adunan tadi dan kacau sehingga likat.
  4. Selepas itu, baru masukkan tepung gandum, serbuk koko dan baking powder. Gaul sebati.
  5. Selepas sebati, masukkan ke dalam loyang 8x8x2 inci dan bakar pada suhu 140c selama 40 minit.

Kredit resipi & foto : Mahani Kuchi Mohd

 

Article Tags:
·
Article Categories:
resepi

Leave a Reply