Kastard Labu, Lemak Bersantan Dan Cukup Enak.

Pencuci mulut Thailand ini cukup enak dan punya rasa lemak santan. Terima kasih Naeamah Balqis sudi berkongsi resipi.

 

Bahan :

1 biji Labu sederhana besar – potong labu bahagian atas dan buang biji

1 cawan Susu cair

5 biji Telur gred B

2 sb Tepung kastard

1 sk Esen vanilla

Susu pekat @ Gula – ikut manis yang disukai

 

Cara :

  1. Campurkan semua bahan dan sebatikan.
  2. Tapis dan kemudian masukkan ke dalam labu yang telah dibuang biji.
  3. Panaskan pengukus dalam 10 minit dan kukus labu selama 1 jam 10 minit atau sehingga masak.
  4. Selepas siap, sejukkan dan baru dipotong.

Kredit resipi & foto : Naeamah Balqis

Article Categories:
resepi

Leave a Reply