Kari Ikan Jenahak Tanpa Santan, Lagi Melekat Kari Dia. Sedap Lain Macam.

Min tahu ramai antara korang yang tak gunakan santan bila masak kari ikan kan? Bila masak kari tanpa santan, rasa dan aromanya lebih pekat dan kaw ala-ala kari mamak.

Dan sekadar perkongsian, halba campur digunakan untuk memasak kari ikan manakala 4 sekawan selalunya digunakan untuk kari ayam dan daging.

Dan kalau cara orang Penang masak kari, selalunya rempah harus dimasak cukup garing namun jangan sampai hangus bagi mengelakkan bau rempah mentah.

Dan cara memasaknya, sewaktu tumis bawang bersama bahan lain, masukkan rempah kering dan goreng sehingga garing dan baru masukkan sedikit air. Kemudian perlahankan api dan masak sehingga rempah terbit minyak.

 

Bahan :

Ikan Jenahak

3 sudu besar Rempah kari – tambah sedikit air untuk dijadikan pes

3 biji Bawang merah – dihiris

2 ulas Bawang putih – dihiris

1 sudu besar Halba campur

Air asam jawa

1 biji Tomato -belah 4

4 biji Bendi

2 biji Lada hijau/merah

Daun bawang

Garam

2 tangkai Daun kari

 

Bahan kisar :

5 biji Bawang merah

3 ulas Bawang putih

2 biji Bawang besar

 

Cara :

  1. Tumis bawang merah dan bawang putih yang telah dihiris bersama halba campur dan daun kari sehingga wangi.
  2. Kemudian masukkan bahan kisar dan rempah kari yang telah dijadikan pes. Masak sehingga pecah minyak.
  3. Selepas itu masukkan air asam jawa. Masak sehingga mendidih dan masukkan ikan, tomato dan bendi. Perasakan dengan garam.

Kredit resipi & foto : Mohd Nubli Kumkum Bin Mohd Nor

Article Categories:
resepi

Leave a Reply