Gunakan Tepung Pulut Dan Tepung Jagung Untuk Kuih Loyang Yang Lebih Rangup.

Jika resipi kuih loyang yang dikongsikan sebelum ini menggunakan tepung beras, namun untuk memberikan efek dan hasil berbeza, gunakan campuran tepung pulut dan tepung jagung. Nah, kuih loyang lebih rapuh dan rangup.

Untuk mengelakkan adunan melekat pada acuan, rendam terlebih dahulu dalam minyak panas dan barulah tekapkan adunan. Jangan cuci acuan dengan air. Selepas digunakan, hanya bersihkan dengan menyapu acuan dengan minyak dan terus simpan.

Ataupun, rendam acuam dalam minyak bersama 4 asam keping selama 4 hari, lap kering dan terus simpan.

 

Bahan :

1 cawan tepung jagung

1 cawan tepung pulut

1/2 cawan gula

1 cawan santan – jangan campur air

2 biji telur

Sedikit garam

 

Bahan :

  1. Kisar semua bahan.
  2. Kemudian panaskan minyak dan letakkan acuan di dalamnya.
  3. Selepas acuan panas, baru tekapkan acuan ke dalam adunan dan celupkan ke dalam minyak panas. Biarkan seketika dan luruhkan adunan dan goreng seperti biasa.

Sumber : Norazizah Hasbolah

Article Tags:
Article Categories:
resepi

Leave a Reply