Gulai Kawah 1 kg Daging resepi pantai timur

  • on December 11, 2021
  • Likes!
gulai kawah daging

Resepi Gulai Kawah Daging  pantai timur antara lalah satu masakan yang terkenal di terengganu dan kelantan terutama bila ada musim kenduri, antara menu yang paling popular ialah gulai daging kawah. Jika kena dengan bahan cukup rasa dan cara masak, boleh bertambah-tambah makan.

Disini saya  kongsikan beberapa tips  yang perlu anda diperhatikan untuk menyempurna Resepi Gulai Kawah. Persediaan Bahan-bahan dan cara potongan daging melintang urat dan nipis-nipis supaya daging mudah masak empuk. Gulai kawah juga sedap jika ada umbuk kelapa. tapi biasanya sukar untuk dijumpai kerana bagi masyarakat pantai timur aktiviti gotong royong seperti tebang pokok kelapa untuk dapatkan umbuk kelapa. jika tidak memang sukar untuk dapatkan umbuk.

gulai kawah asli

Bahan bahan diperlukan:

  • 1 kg Daging (campur bahagian lemak, organ dalaman, tulang rusuk dll)
  • 4 ulas bawang merah (hiris)
  • Santan
  • Garam dan gula
  • Gula melaka
  • Asam jawa secukupnya

 

Bahan untuk menumis

  • 8 bawang merah (hiris)
  • 4 ulas bawan putih (hiris)
  • 1 inci halia (hiris)
  • 2 – 3 sudu besar rempah gulai kawah
  • Kayu manis, bunga lawang, pelaga secukupnya.

Penyediaan bahan untuk penumis:

Panaskan sedikit minyak, masukkan rempah penumis iaitu kayu manis, bunga lawang, pelaga dan tumis bawang dan halia yang dihiris sehingga wangi. Masukkan rempah yang dibancuh dg sedikit air. Goreng lama lama sehingga betul betul garing dengan api perlahan. Ketepikan. Biasanya kalau untuk majlis kenduri, rempah akan ditumis malam sebelumnya bagi mempercepatkan kerja memasak keesokannya kerana proses menumis rempah memakan masa yang lama.

Penyediaan gulai:

Masukkan daging dalam periuk dan masak dengan sedikit air sehingga air agak kering dan daging agak empuk. Masukkan rempah gulai yang sudah ditumis dan digaul rata. Biarkan sehingga mesra. Masukkan bawang yang dihiris.

Tuangkan santan. Masak lagi sehingga santan menggelegak. Masukkan gula melaka, air asam jawa, gula dan garam. Sesuaikan rasa dan kepekatan, bolehlah diangkat.

_______________________

Resepi Mudah dishopee..

Ingin merasai gulai kawah kelantan yg authentic?? Mari gunakan pes gulai kawah dari bonda zan ni..dijamin rasa authentic gulai kawah dari kelantan dengan cara penyediaan yg plg mudah dan cepat..

cara menggunakan pes ialah:

  1. masuk kan daging/ayam/kambing bersama pes di dalam periuk
  2. biarkan mereneh sehingga daging empuk (masukkan sedikit air jika nampak pekat)
  3. masukkan santan dan ubi kentang
  4.  masukkan garam,gula dan serbuk perasa
  5. sedia dihidang. begitu cepat mudah dan lazat satu paket pes cukup utk seekor ayam/sekilo daging.

Beli di Shopee

Sumber : Rempah Ratus Asli Kelantan

 

Article Categories:
resepi

Leave a Reply