Daging Bakar Harimau Menangis, Cukup Juicy. Nikmat Tak Terkata.

Ada lagi ke lebihan daging korban minggu lalu? Asyik buat rendang dan sup sahaja kan? Apa kata kita cuba bakar pula dan padankan dengan sos thai pedas masam ni, sesiapa yang lalu pasti terliur.

Seeloknya daging yang digunakan bahagian batang pinang, jadi tak adalah liat waktu nak mengunyah. Silap haribulan kita yang menangis sakit gigi.

 

Bahan perapan :

3 ulas Bawang putih – tumbuk sehingga lumat

1 sk Lada hitam Р tumbuk sehingga lumat

4 sb Sos tiram

3 sb Sos ikan

3 sb Kicap manis

3 sb Brown sugar

Garam secukup rasa

 

Cara :

  1. Perap daging dengan semua bahan semalaman.
  2. Boleh dibakar dalam ketuhar ataupun di atas kuali.
  3. Selepas siap, hiris nipis.

 

Bahan sos:

2 ulas Bawang putih – tumbuk lumat

Cili padi – tumbuk lumat

2 sb Sos ikan

2 sb Sos tiram

Brown sugar

Jus limau nipis

Hirisan daun ketumbar & cili api

 

Cara :

  1. Gaulkan semua bahan dan perasakan secukupnya.

Kredit resipi & foto : Norul Azmah

 

 

 

Article Categories:
resepi

Leave a Reply