Cucur Kembong Manis. Rangup Di Luar, Lembut Di Dalam.

Cucur kembong manis ini antara menu sarapan paling popular dekat rumah kan? Tidak susah pun nak membuatnya, cuma sebelum digoreng, adunan harus dimasak dahulu atas api, barulah cantik dan lembut bila digoreng.

Menurut pemilik resipi, Ju Ismail, kelembutan cucur kembong ini boleh bertahan sehingga dua ke tiga hari.

 

Bahan :

1 cawan Tepung gandum

2 sudu besar Minyak masak*

3 sudu besar Gula*

1 cawan Air*

 

Cara :

  1. Masak bahan bertanda * sehingga mendidih dan tutup api.
  2. Selepas itu masukkan tepung gandum berhati-hati dan kacau dengan sudu sehingga bahan sebati. Biarkan doh sejuk.
  3. Uli sedikit kemudian ambil adunan mengikut saiz yang disukai dan bulat-bulatkan. Rehatkan selama 10 minit.
  4. Goreng dengan api sederhana dalam minyak yang banyak.

Kredit resipi & foto : Ju Ismail

Article Categories:
resepi

Leave a Reply