Cara Masak Japchae Yang Sedap, Gantikan Dengan Suhun Pun Boleh.

Peminat makanan Korea mesti biasa dengan hidangan Japchae kan? Dipetik menerusi Metro, Japchae merupakan hidangan mi ubi jalar yang menjadi makanan tradisi masyarakat Korea sejak dulu. Malah ia adalah makanan golongan bangsawan dan popular sejak abad ke-16. Hidangan asas Japchae terdiri daripada pelbagai jenis sayuran, ayam atau daging.

Malah, ia boleh disesuaikan mengikut citarasa korang. Jika korang tak lapar sangat tapi nak mengunyah, Japchae ni paling sesuai sebab ia hidangan ringan yang lengkap.

Untuk perkongsian kali ini, jelas pemilik resipi, Faridah Yeop Ahmad tiada masalah menggantikan glass noodle dengan suhun, asalkan kena dengan selera.

 

Bahan :

Bawang putih

Cili flakes – jika tiada, kisar cili kering menggunakan blender kering

Cendawan kering shitake – wajib

Cendawan fungus

Ayam / Daging

Lobak merah

Cili capsicum

Suhun

Kicap pekat

Kicap manis

Minyak bijan

Kiub ikan bilis

Bijan – disangai

Cara :

  1. Tumis bawang putih sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili flakes. Ikut tahap kepedasan masing-masing.
  2. Selepas itu masukkan ayam atau daging. Kacau rata.
  3. Masukkan pula cendawan kering shitake dan cendawan fungus.
  4. Masukkan sedikit air dan tambahkan kiub ikan bilis, kicap pekat dan kicap manis. Perasakan dengan gula dan garam
  5. Letakkan lobak merah dan capsicum. Renjiskan sedikit minyak bijan.
  6. Setelah itu baru masukkan suhun. Dinasihatkan jangan rendam suhun terlalu lama kerana ia akan mengembang dan penyek. Rendamkan suhun waktu mula menumis, jadi masakan akan sedang elok.
  7. Kacau rata dan akhir sekali taburkan bijan yang telah disangai.

Kredit resipi & foto : Faridah Yeop Ahmad

Article Tags:
·
Article Categories:
resepi

Leave a Reply