Bubur Ayam Berlauk. Confirm Bertambah Dua Mangkuk.

Resipi yang cukup mudah, lagi-lagi kalau tengah tak ada selera makan. Jom cuba buat Bubur Ayam dengan Kangkung belacan bersama ikan bilis goreng dan telur masin.

 

Bahan :

1 1/2 cawan Beras – rebus sehingga lembut.

3 ketul Ayam – ambil isi sahaja

Serai – diketuk

3 biji Bawang merah – tumbuk

3 ulas Bawang putih – tumbuk

1 inci halia – hiris

1 sk Halba

1 senduk Santan – santan

Garam

Lada hitam

 

Cara :

  1. Rebus beras yang telah lembut dengan sukatan satu cawan beras :tujuh cawan air. Jika tidak cukup, boleh tambah sendiri.
  2. Kemudian masukkan serai, bawang merah, bawang putih, halia, halba dan isi ayam.
  3. Masukkan pula santan.Perasakan dengan garam.
  4. Bubur harus dikacau selalu untuk mengelakkan hangit di bahagian bawah.
  5. Lada hitam dimasukkan waktu makan. Tidak perlu masukkan waktu memasak.

 

Kangkung goreng belacan :

Bahan :

Segenggam ikan bilis

3 ulas Bawang putih

10 tangkai Cili padi

1 tangkai Cili merah besar

1 inci Belacan

Garam

 

Cara :

  1. Tumbuk semua bahan sehingga lumat.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk tadi.
  3. Kemudian masukkan kangkung dan perasakan dengan garam. Siap.
  4. Sediakan bawang goreng secara homemade.
  5. Goreng ikan bilis sehingga rangup.
  6. Rebus telur masin.

Kredit resipi & foto : Nyta Rosli

Article Tags:
· ·
Article Categories:
resepi

Leave a Reply