Biskut Bangkit Cheese. Rapuh Dan Cair Dimulut.

Sambutan Hari Raya Haji bakal menjelang, walaupun masih dalam mood berjaga-jaga, jangan hilangkan kenikmatan beraya. Cuma kenalah patuh SOP yang ditetapkan untuk kurangkan risiko jangkitan.

Jadi untuk meriahkan lagi sambutan, apa kata kita buat biskut raya. Biskut Bangkit Cheese ni memang menjadi pujaan ramai, rasa lemak cheese dan kerapuhan biskut yang cair sewaktu dalam mulut, memang sukar digambarkan. Kalau nak beli agak mahal, jadi solusinya kita buat sendiri. Mudah je.

 

Bahan :

3 cawan Tepung ubi (sangai sehingga tepung menjadi ringan) – ayak

3 cawan Tepung jagung – ayak

1 ketul Butter cup

250 gm Cream cheese tatura

1 cawan Gula halus (ikut kemanisan yang disukai)

2 biji Kuning telur

1 sk Baking powder – ayak

1 sk Esen vanila.

1 ketul Cheddar – parut

 

Cara :

  1. Putar butter bersama gula sehingga kembang. Kemudian masukkan cream cheese, esen vanila dan kuning telur. Putar lagi sehingga sebati.
  2. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit dan putar lagi. Selepas itu uli sehingga doh tidak melekat pada tangan.
  3. Parutkan chedar dan gaul sebati. Jika doh kekurangan tepung, boleh tambahkan tepung ubi. Rehatkan doh sebentar.
  4. Gelek doh sehingga leper dan tekapkan dengan acuan. Resipi ini menggunakan botol air mineral.
  5. Panaskan ketuhar atau air fryer pada suhu 170c dan bakar biskut selama 30 minit atau mengikut ketuhar masing-masing. Jika tidak cukup boleh tambah masa.
  6. Biskut akan kelihatan kekuningan dan apabila dimakan, ia cair di mulut dan terasa kerangupan cheese.

Kredit resipi & foto : SuiSan Aliezsha

Article Categories:
resepi

Leave a Reply