Bihun Goreng Chinese Style. Memang Wangi Masakan Dengan Minyak Bawang Putih

Masakan Chinese memang cukup menyelerakan kan? Walaupun mudah tanpa penggunaan rempah yang banyak, namun teknik masakan memberikan nilai tambah kepada hasil yang terhidang di atas meja.

 

Dan hidangan Chinese style banyak menggunakan minyak bawang putih sebagai asas dalam masakan. Cara membuatnya cukup mudah, hiris atau cincang bawang putih dan goreng di dalam minyak yang banyak. Apabila bawang putih hampir garing, tutup air dan terus alihkan ke dalam bekas. Sesuai untuk dimakan bersama mehun sup juga. Selepas gunakan, hanya tambahkan minyak ke dalamnya.

Jelas Maira Liyasyamel, selalunya kaum Cina menggunakan Shaowing Wine, namun untuk versi halal, hanya gunakan Kicap Pekat ABC sebagai pengganti.

Bahan :

Bawang putih

Ayam / daging / seafood/ fishball

Kobis

Bihun

Kicap ABC

Kicap Cair

Sos Ikan

Kicap Lemak Manis

 

Cara :

  1. Tumis bawang putih cincang ke dalam minyak bawang.
  2. Kemudian masukkan ayam atau daging, seafood atau fishball.
  3. Selepas itu masukkan kobis dan bihun.
  4. Letakkan kicap pekat, kicap cair, sos ikan dan kicap lemak manis dan tumis sehingga sebati.
  5. Akhir sekali, bolehlah buat telur dadar dan taburkan ke atas bihun.

Kredit resipi & foto : Maira Liyasyamel

 

Article Categories:
resepi

Leave a Reply