Ayam Sambal Ala Sambal Bali. Sedap Bukan Kepalang. Sesuai Untuk Anak-Anak Sebab Tak Pedas

Ayam sambal ala sambal Bali ini cukup mudah untuk dimasak. Hanya perlukan beberapa bahan asas dan sedikit rempah bagi menguatkan lagi rasanya. Resipi perkongsian Hidayah Marzuki ini sesuai untuk dihidang kepada anak-anak kerana kurang pedas.

Namun jika korang sukakan menu yang pedas, hanya tambah beberapa tangkai cili padi mengikut kuantiti yang disukai.

 

Bahan kisar :

Bawang besar

Bawang putih

Halia

 

Bahan :

Ayam – digoreng dahulu dengan serbuk kunyit dan garam

Daun Kari

Cili giling

Sos tiram

Kicap

Perencah cukup Rasa

Air

Garam

Gula

 

Cara :

  1. Tumis bahan kisar bersama daun Kkari sehingga garing dan naik bau.
  2. Selepas itu, masukkan cili giling danmasak sehingga pecah minyak.
  3. Masukkanpulasos tiram dan kacau.Kemudian masukkan ayam dan kacau sehingga sebati.
  4. Masukkan kicap dan sedikitair. Kalau mahukankuah lebih, masukkan lebih air. Kacau rata.
  5. Biarkan seketika.Selepasitu, perasakan dengan garam, gula dan rencah perasa.
  6. Siap dihidangkan.

Kredit resipi & foto : Hidayah Marzuki

Article Categories:
resepi

Leave a Reply