Air Sunquick Ala Vitagen, Pengubat Waktu Cuaca Panas. Puas Minum.

Jika ada pati Sunquick di rumah, cubalah resipi yang dikongsikan Saleha Maarof, cukup mudah dan menyegarkan. Sesuai sangat waktu musim panas ni, tekak asyik haus je kan.

Untuk kemanisan, boleh sesuaikan mengikut citarasa masing-masing, hanya kurangkan susu. Siap air ala vitagen. Murah dan dapat minum sepuas hati.

Sewaktu membuat air ala Vitagen ini, langkah paling penting ialah larutkan susu dahulu dengan air suam supaya susu tidak pecah.

Selain pati Sunquick, korang boleh gunakan pelbagai pati lain seperti strawberi, anggur dan apa sahaja yang sesuai. Jadi kalau anak ramai, semuanya dapat merasa dan minum dengan puas. Tak adalah jiwa mak-mak diterkam rasa bersalah..huhu

 

Bahan :

Pati sunquick

Susu pekat

Air suam

Ais

Cara :

  1. Sediakan air suam, jangan gunakan air sejuk untuk mengelakkan susu daripada pecah.
  2. Larutkan susu dahulu dan kacau sekata.
  3. Selepas itu letakkan air dan akhir sekali baru masukkan pati Sunquick. Jangan tersilap langkah kerana susu akan pecah dan air ala vitagen tidak menjadi.
  4. Perasakan tahap kemanisan, jika terlalu manis, tambah air.

Kredit resipi & foto : Saleha Maarof

Article Tags:
·
Article Categories:
resepi

Leave a Reply