Ada Lebihan Nasi, Jom Apam Nasi Gebu Dan Ringan Buat Minum Petang. Sedapnya.

Selalunya jika ada lebihan nasi, mak-mak akan buat nasi goreng untuk sarapan pagi kan? Tapi kadang kala selera anak-anak ni selalu berubah. Semalam boleh habis sepinggan nasi goreng, hari ini lain pula cerita. Tapi disebabkan nak juga suruh anak-anak makan nasi, solusinya buat je apam nasi. Rasa manis apam dipadankan dengan kelapa parut memang terbaik.

Dan untuk membuat apam ni, cukup mudah, hanya kisar semua bahan dan kukus. Pemilik resipi, Fauzilahton Zie cadangkan kukus menggunakan acuan kecil supaya apam yang dihasilkan lebih gebu dan ringan.

 

Bahan :

2 cwn Nasi

2 cwn Tepung beras

2 1/2 cwn Air

1 1/2 cwn Gula

1 paket Mauripan

2 cwn Tepung gandum

 

Cara :

  1. Kisar nasi, gula dan mauripan dengan air.
  2. Masukkan ke dalam bekas dan campurkan tepung beras dan tepung gandum. Gaul sebati.
  3. Perap adunan selama satu jam dan selepas itu bolehlah dikukus selama 10 minit menggunakan api besar. Pastikan air pengukus mendidih dahulu sebelum masukkan adunan. Tutup tudung pengukus supaya air tidak terkena adunan untuk mengelakkan apam bantat.
  4. Makan dengan kelapa parut.

Kredit resipi & foto : Fauzilahton Zie

 

Article Tags:
Article Categories:
resepi

Leave a Reply