Wantan Mee Atau Mee Kicap. Sarapan Paling Simple Dan Lazat. Ingat, Langkah Pertama Sangat Penting

Bukan hanya menu sarapan pagi, namun wantan mee atau mee kicap boleh dinikmati setiap masa, ikut selera. Cara membuatnya juga cukup mudah dan anak-anak pasti makan bertambah. Untuk melengkapkan hidangan, sediakan ayam panggang dan sup wantan bersama. Jangan lupa cili jeruk sekali.

Cara :

  1. Langkah utama untuk menyempurnakan hidangan ialah minyak bawang putih dan bawang putih goreng. Cincang halus bawang putih dan goreng sehingga garing.
  2. Untuk sup, didihkan air dan masukkan stok ayam, lada sulah dan bahan bebola atau wantan. Kemudian titiskan sedikit minyak bijan dan minyak bawang putih. Sup ini juga digunakan untuk membuat kicap.
  3. Untuk kicap, ambil minyak bawang putih dan tumis 2 sudu besar kicap cair, 1 sudu besar kicap karamel dan perasakan dengan gula. Selepas itu, ambil sedikit sup tadi dan gaulkan bersama
  4. Untuk ayam, gunakan bahagian chicken chop. Perapkan dengan cili kisar, serbuk cili, gula, bawang putih, kicap cair dan rempah yang disukai. Perap selama sejam dan selepas itu bakar, panggang atau goreng.
  5. Untuk mee wantan, leraikan dahulu. Kemudian didihkan air dan titiskan minyak, baru celurkan mee dalam 10 saat. Sentiasa kacau supaya mee tidak melekat. Kemudian celupkan dalam air sejuk dan toskan.
  6. Hidangkan.

Sumber : Wan LuQman

Article Tags:
Article Categories:
resepi

Leave a Reply