Selalunya kita tak mahu ambil risiko membuat kek sebab takut kek bantat dan tak jadi kan. Iyelah, banyak teknik yang kena belajar daripada teknik memukul, membakar dan macam-macam lagi. Jadi jalan terakhir paling mudah, order dan beli di kedai.
Tapi Kek Pisang Marble ini senang je nak buat tau. Korang tak perlu pening-pening, masukkan sahaja semua bahan dalam pengisar dan terus kisar sehingga sebati dan bakar.
Bahan Ayak :
2 cawan Tepung gandum – ayak
1 sk Soda – ayak
1 sk Baking powder – ayak
Bahan :
1 cawan Minyak
3/4 cawan Gula perang/putih (saya gunakan nisan)
3 biji Telur
4 biji Pisang berangan
Esen vanilla/esen pisang
Cara :
- Ayak dahulu semua tepung dan ketepikan.
- Kemudian kisar semua bahan dan masukkan bahan kisar tadi ke dalam bahan ayak. Kaup balik sehingga sebati.
- Bahagikan sedikit adunan untuk membuat marble. Letakkan emulco coklat dan lorekkan di atas kek.
- Bakar kek pada suhu 160c selama satu jam atau sehingga masak.
Kredit resipi & foto : Siti Faiza