Tempoyak Daun Kayu Negeri Sembilan. Sedapnya Hingga Menjilat Jari.

Penggemar tempoyak sudah pasti gilakan masakan tempoyak daun kayu kan? Ratah begitu sahaja pun sudah cukup nikmat, tak pandang lauk lain dah.

Cara membuatnya juga mudah, cuma semua ulam harus diracik halus. Petai jika dibiarkan sebiji pun tak mengapa, lebih sedap dikunyah. Lagi feel gitu.

 

Bahan racik halus:

Daun kunyit

Daun kaduk

Pucuk ubi

Pucuk labu

Serai

Bahan kisar :

Cili padi

Kunyit

Ikan bilis

 

Bahan lain :

Tempoyak

Santan pekat

Udang

Petai

Gula

Garam

 

Cara :

  1. Panaskan kuali dan masukkan bahan yang telah dikisar tadi.
  2. Kemudian serai dan gaul rata.
  3. Selepas itu masukkan tempoyak, gaul rata dan masukkan pula santan pekat.
  4. Masukkan pula daun yang telah diracik.
  5. Baru masukkan petai, gaul rata dan tutup periuk supaya semua bahan serasi dan lembut.
  6. Masukkan udang dan tutup kembali periuk.
  7. Perasakan dengan gula dan garam. Siap untuk dihidang.

Kredit resipi & foto : Lyana Aqilah

Article Tags:
· · ·
Article Categories:
resepi

Leave a Reply