Tak Perlu Guna Bawang, Ini Resipi Sambal Penyet Paling Sedap Korang Wajib Cuba.

Sambal ayam penyet punya pelbagai versi dan variasi, walaupun menggunakan bahan-bahan asas yang sama, namun cara penyediaan yang berbeza akan memberi kelainan kepada hasil akhir.

Menurut  pemilik resipi, Juwita Afifah, banyak resipi yang dicuba sebelum ini menggunakan bawang merah namun hasilnya tidak seperti yang diharapkan. Namun pencariannya bertemu titik noktah apabila berjaya menemui resipi yang dirasakan unik, namun cukup lazat dan perfect. Jelasnya ini 100 peratus resipi sambal penyet terbaik yang pernah dibuat.

 

Bahan :

Tomato – belah 4

Cili besar

Cili padi

Belacan

Ikan bilis (segenggam)

Minyak masak

*Tiada sukatan khusus. Ikut selera masing-masing. Jika ingin lebih enak dan kurang pedas, tambahkan tomato. Jika mahu pedas, lebihkan cili padi. Jika ingin sambal merah, tambahkan cili besar.

 

Cara :

  1. Goreng ikan bilis dengan sedikit minyak sehingga garing.
  2. Apabila ikan bilis sudah garing, terus masukkan tomato ke dalam kuali.
  3. Kemudian masukkan pula cili besar, cili padi dan belacandangoreng sehingga layu.
  4. Selepas semua sudah layu, tutup api dan biarkan sejuk.
  5. Selepas sejuk, baru masukkankedalam pengisar. Kisar kasar atau boleh gunakan chopper, hand blender atau tumbuk dengan lesung batu.
  6. Selepas siap dikisar, masukkan semula sambal ke dalam kuali dan masak sehingga air kering dan pecah minyak. Perasakan dengan garam dan gula.

Kredit resipi & foto : Juwita Afifah

 

Article Tags:
·
Article Categories:
resepi

Leave a Reply