in

Sup Cendawan Berkrim. Sedapnya Cicah Dengan Roti.

Sup cendawan memang sedap digandingkan dengan roti bawang putih kan, macam ala-ala Pizza Hut. Kalau selalu korang akan beli sup cendawan segera, apa kata kali ini sediakan sendiri di rumah. Tidak susah pun, malah untuk resipi ini, boleh dapat tiga liter sup cendawan. Jadi bolehlah bersedekah untuk jiran sebelah dan kawan-kawan kan.

Terima kasih Kehidupanku Cahaya atas perkongsian resipi.

 

Bahan :

1 pek Cendawan shitake & 1 pek cendawan butang segar

2 biji Bawang Holland

1 labu Bawang putih

4 Kiub pati ayam

1 liter Susu kotak (full cream)

Serbuk lada hitam

Italian herbs/ oregano

Garam & lada sulah

Butter

3 sb tepung gandum

Air secukupnya

 

Cara :

Langkah 1 :

  1. Hiris cendawan, cuci dan toskan.
  2. Potong dadu bawang Holland dan bawang putih.
  3. Panaskan butter dan tumis bawang sehingga layu. Kemudian masukkan cendawan dan lada sulah. Masak sehingga lembut.
  4. Apabila cendawan sudah lembut dan mengeluarkan air, masukkan tepung gandum sedikit dan kacau sebati. Apabila tepung sudah berubah warna, tutup api dan sejukkan.

(*Jika nak masak tepung secara berasingan pun boleh. Panaskan butter dan apabila sudah cair, masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan sentiasa kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan dalam cendawan sedikit demi sedikit sehingga menjadi sedikit pekat. Tutup api dan sejukkan.)

 

Langkah 2 :

  1. Cendawan yang sudah sejuk dimasukkan ke dalam pengisar dan kisar sehingga halus.
  2. Kemudian masukkan semula bahan kisar ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih.
  3. Masukkan susu dan air mengikut kepekatan yang diingini.
  4. Masukkan juga serbuk lada hitam, kiub pati ayam, italian herbs dan perasakan dengan garam secukupnya.
  5. Masukkan jua cendawan dalam tin yang dicincang kasar untuk tekstur sup yang lebih sedap dan menarik. Didihkan sebentar dan siap untuk dimakan.
  6. Sukatan ini dapat menghasilkan tiga liter sup cendawan.

Kredit resipi & foto : Kehidupanku Cahaya

What do you think?

Written by sajixtra

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Cara Buat Cucur Kucai Yang Rangup Dan Lembut.

Burger Malaysia Montok Paling Senang Nak Buat. Disertakan Gambar Untuk Panduan.