in

Spicy Spaghetti Carbonara Tomyam. Rasa Creamy Dan Masam Pedas. Sesuai Dengan Tekak Melayu.

Spicy Spaghetti Carbonara Tomyam. Rasa Creamy Dan Masam Pedas. Sesuai Dengan Tekak Melayu.

Sesekali gabungkan selera western dan tekak Melayu apa salahnya kan? Rasa creamy carbonara digabungkan dengan sentuhan masam pedas tomyam untuk spaghetti, memang mengancam.

Nak buatnya pun mudah, yang penting ada pes tomyam. Dan kepedasannya ikut tekak masing-masing.

Bahan :

Spaghetti (rebus dulu selama 10 minit)

2 sudu besar buttercup

5 ulas bawang putih (cincang halus)

Cili padi (kalau nak pedas)

2 kotak kecil cooking cream brand Emborg/susu cair 400ml

2 sudu besar pes tomyam

Udang

Cendawan butang

Daun limau purut

 

Cara :

  1. a. Cairkan buttercup. Tumis bawang putih sehingga naik bau.
  2. b. Kemudian masukkan cendawan butang.
  3. c. Masukkan cooking cream. Jika tiada, boleh gunakan susu cair. Jika mahukan kuah, boleh lebihkan.
  4. d. Masukkan dua sudu besar pes tomyam.
  5. e. Kemudian masukkan satu sudu besar susu pekat untuk buatkan kuah lebih creamy. Kalau tak nak letak pun tak apa. .
  6. f. Masukkan udang/sotong/ayam. Kemudian masukkan cili padi.
  7. g. Masukkan spaghetti dan daun limau purut. Kacau sebati dan siap!
  8. Tidak perlu perasakan dengan gula dan garam kerana pes tomyam dan susu pekat sudah sempurnakan rasa.

Resipi ayam grilled :

Perap isi ayam dengan lima ulas bawang putih yang telah ditumbuk + dua sudu besar sos tiram + Serbuk lada hitam + mixed herbs.

*Lagi lama perap, lagi sedap. Boleh grill guna magic pan/air fryer.

 

Kredit resipi & foto : Aien Mohamad

What do you think?

Written by sajixtra

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

POLL: What Are Your Favourite Spices?

Resipi ayam grilled