Senang Je Nak Anak Makan Sayur. Buat Jejari Terung, Memang Sedap Macam Fries.

Melentur buluh biar dari rebungnya kan? Kita didik anak-anak untuk makan sayur dengan cara yang lebih kreatif. Bukan sukar pun, cuba ikut tip Syahirah Adnan ini. Nanti bila anak-anak dah biasa dengan rasa terung, barulah boleh pelbagaikan dengan cara masakan yang lain.

Ini sebagai pengenalan buat anak-anak kepada sayur-sayur. Hi sayur, apa khabar?

Caranya mudah, hiris nipis terung, ataupun boleh potong bentuk jejari supaya kelihatan seperti fries. Selepas itu gaul dengan tepung bestari. Goreng dengan minyak yang banyak dan betul-betul panas ya supaya minyak tak meresap dalam terung dan untuk hasilkan terung yang garing.

Kredit resipi & foto : Syahirah Adnan

Article Tags:
·
Article Categories:
resepi

Leave a Reply