in

Sedapnya Roti Jala Pukat Buruk Ni. Lembut Sampai Ke Petang.

Walaupun namanya Roti Jala Pukat Buruk, namun roti jala ini cukup kemas dan cantik mata memandang.

Kata Nor Al Fatihah, jika ada tempahan pada waktu pagi, selalunya dia akan mengirai roti jala pada waktu malam dan anginkan di bawah kipas. Selepas itu tutup bekasnya. Ia berkesan untuk elakkan roti jala cepat basi. Resipi ini diambil daripada Mariana Zainal.

 

Bahan :

1 kg Tepung gandum

150ml Minyak masak

1500ml Air

2 biji Telur gred A

1/2 tin Susu cair – 1 cawan

Sedikit garam

Pewarna kuning telur

 

Cara :

  1. Satukan semua bahan dan kisar sehingga sebati.
  2. Kemudian panaskan kuali non stick. Namun jika gunakan kuali leper seperti untuk masak burger, lengserkan sedikit minyak sewaktu kiraian pertama sahaja. Yang seterusnya tidak perlu.

Kredit resipi & foto : Mariana Zainal & Nor Al Fatihah

 

 

What do you think?

Written by sajixtra

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Teringin Nak Buat Kek Tapi Tak Tahu Caranya, Cuba Buat Kek Pisang Marble. Mudah Sahaja.

Cara Paling Mudah Buat Lepat Ubi Kayu.