Sambal Tumis Ikan, Kisar Bersama Kayu Manis Dan Bunga Lawang, Lagi Kaw Sedap Dia!

Resipi sambal tumis ini cukup unik kerana kulit kayu manis dan bunga lawang dikisar bersama bawang besar dan halia bagi menaikkan lagi aroma sewaktu menumis. Malah belacan tidak digunakan untuk memasak sambal.

Jelas Suhaini Samsudin, resipi perkongsian arwah Mak Longnya ini akan menggunakan ikan kayu atau ikan tongkol, namun tiada masalah jika nak gunakan ikan lain. Untuk menumis sambal, harus mengambil masa yang lama, tidak boleh tergesa-gesa. Sambal akan lebih serasi dan enak jika ditumis lebih lama.

 

Bahan kisar :

2 labu Bawang besar

2 cm Halia

1 batang Kayu manis – direndam supaya lembut

2 biji Bunga lawang – direndam

 

Bahan Lain :

Ikan – digoreng terlebih dahulu

2 sb Cili kisar

Air asam jawa

Garam

Perasa

 

Cara :

  1. Goreng ikan terlebih dahulu sehingga haring. Ketepikan.
  2. Kemudian tumis bahan kisar sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili kisar dan tumis lagi sehingga pecah minyak.
  4. Selepas itu masukkan air asam, dan perasakan dengan garam dan serbuk perasa.
  5. Apabila semua bahan sudah sebati, baru masukkan ikan dan gaul rata.

Kredit resipi & foto : Suhaini Samsudin

Article Tags:
·
Article Categories:
resepi

Leave a Reply