Min pasti kita semua ada masalah yang sama, bila beli roti, tak ada siapa nak makan. Tapi bila tak ada roti di rumah, semua tercari-cari, nak makan dengan coklat lah, nak buat roti telur la. Aduhai.
Tapi perkara paling biasa, beli roti dan tak teringat pun nak makan, sedar-sedar sudah hampir tamat tempoh. Mana boleh nak sumbat sebuku roti macam tu je kan? Paling kurang, kenalah buat hidangan yang sedap, barulah berselera nak makan. Korang cuba Bingka Roti Pandan ni, sedap buat kudapan petang-petang.
Bahan :
5 keping Roti
Susu segar
4 biji Telur
2 cawan Santan
1/2 cawan Gula
1 cawan Tepung gandum
1 sb Planta
Sedikit air Daun Pandan
Sedikit Garam
Esen Vanila
Cara :
- Rendam kepingan roti dalam susu segar dan ketepikan.
- Kemudian kisar telur, santan, gula, tepung, planta, air daun pandan, garam dan esen vanila.
- Sapukan sedikit planta pada loyang dan kemudian masukkan bahan yang dikisar tadi dan kemudian masukkan roti yang direndam. Kacau sebati.
- Kemudian bolehlah dibakar. Selepas masak, bakar lagi menggunakan api atas dalam 10 minit supaya roti garing.
Kredit resipi & foto : Noriza Awang Hamat