Menu
in

Resipi Sambal Garing Bilis Petai. Guna Empat Bahan Je Dah Siap.

Sambal Garing Bilis Petai ni memang kalau makan susah nak berhenti, jadi kalau korang tengah diet, mohon scroll laju-laju. Jangan terjebak.

 

Terima kasih Nurul Hawa Nadila Sari atas perkongsian resipi.

 

Bahan :

Cili kering – goreng. Boleh buang biji atau tak buang pun tiada masalah

Ikan bilis – goreng

Kiub ikan bilis halus

Petai – sagat halus & goreng

 

Cara :

  1. Goreng cili kering dan kisar. Ketepikan.
  2. Goreng ikan bilis dan ketepikan.
  3. Goreng petai dan ketepikan.
  4. Panaskan minyak dan tumis kiub ikan bilis. Kemudian masukkan ikan bilis, petai dan cili kering tadi. Gaul rata.
  5. Tunggu sejuk dan baru masukkan ke dalam bekas.

Kredit resipi & foto : Nurul Hawa Nadila Sari

Written by sajixtra

Leave a Reply

Exit mobile version