Resipi Petai Jeruk Cara Mak Saya, Masih Rangup Selepas Enam Bulan.

Di kala musim petai ni, rugi kalau tidak ambil kesempatan borong petai banyak-banyak dan buat stok di rumah kan? Tapi yang menjadi masalah, petai akan kecut sekiranya salah cara menyimpan. Jadi cara terbaik mengekalkan kerangupannya ialah dengan menjeruk.

Menurut resipi perkongsian Liana Ana, walau selepas enam bulan dijerukkan, petai masih kekal rangup. Siap boleh buat kudapan macam kacang…hehehe. Malah sesuai juga untuk disambalkan.

Resipi ini untuk tiga ikat petai.

 

Cara :

  1. Rebus air sehingga mendidih dan celurkan petai supaya senang untuk dipicit keluar.
  2. Selepas itu, bancuh air masak bersama 1 sudu besar garam dan dua sudu besar cuka.
  3. Masukkan isi petai yang telah dikeluarkan tadi dan rendam dengan bancuhan air tadi sehingga menutupi isi petai.
  4. Masukkan sebiji cili padi untuk memberikan rasa pedas.
  5. Letakkan di luar sehari dan simpan di dalam peti ais. Cara begini membuatkan petai tahan lama dan kekal rangup.

Kredit resipi & foto : Liana Ana

Article Tags:
· ·
Article Categories:
resepi

Leave a Reply